Al Manna & Tayebat

Al Manna & Tayebat

Monday 3 November 2014

TESTIMONI AL MANNA DAN TAYEBAT

Assalamualaikum...

TESTIMONI DARI PESAKIT YANG TELAH MENDAPAT MANFAAT DARI PEMAKANAN AL MANNA DAN TAYEBAT... ALHAMDULILLAH


MASALAH URAT SARAF DAN KEBAS

NAMA : PN. SHARIFAH SALBIAH
UMUR : 55 TAHUN

Saya telah beberapa tahun menghidapi masalah urat saraf yang menyebabkan tangan saya kebas, tidak boleh menggenggam atau menepuk tangan. Saya juga mengalami kebas kaki apabila bangun tidur setiap pagi dan hanya boleh bangun dari katil selepas berehat dalam 10 hingga 20 minit. Saya sering berulang ke hospital untuk mengambil ubat bagi melegakan kesakitan ini. Walau bagaimanapun kesakitan masih tidak pulih dan sering berulang. Tetapi setelah diperkenalkan dengan Tayebat, masalah kebas dan urat saraf saya telah sembuh walaupun baru 3 minggu menggunakannya. Saya juga amat gembira kerana tangan saya sudah boleh digerakkan tanpa masalah kebas dan kesakitan lagi. Bangun tidur pun sudah tiada masalah kesakitan pada sendi kaki lagi. Selera pun semakin baik. Alhamdulillah kerana bertemu dengan makanan yang baik ini.


MASALAH ARTHRITIS

NAMA : PN. HAJJAH NORMAH BINTI MOHD ALIDAN
UMUR : 59 TAHUN

Saya seorang yang tidak pernah mempercayai mana-mana produk kesihatan yang diperkenalkan oleh sesiapa pun kerana mereka sentiasa menyatakan produk mereka yang terbaik. Sebenarnya, saya menghidapi penyakit arthritis selama beberapa tahun dan hanya makan ubat yang disyorkan oleh doktor serta menerima rawatan fisioterapi. Namun demikian, penyakit itu cuma reda sekejap sahaja. Saya diperkenalkan kepada produk  Al Manna dan Tayebat oleh seorang doktor dan berdasarkan penjelasan beliau, saya merasakan bukti-bukti sains yang didedahkan masuk akal. Oleh sebab itu, saya telah makan Al Manna dan Tayebat sejak 18 Mac 2012. Selepas 3 bulan, saya dapat merasakan perubahan terhadap diri saya dan kesakitan akibat arthritis yang saya rasakan selama ini telah banyak berkurangan. Saya boleh berjalan di shopping mall untuk masa yang lama. Turun dan naik tangga juga tiada masalah lagi dan badan saya merasa ringan. Tambahan pula saya dapat rasakan tahap tenaga saya semakin meningkat meskipun umur saya hampir mencecah 60 tahun. Saya ingin mengesyorkan sesiapa yang menghidapi penyakit seperti saya agar mencuba Al Manna dan Tayebat, mana lah tahu ia akan berkesan untuk mereka seperti ia berkesan untuk saya.


MASALAH BISA-BISA KAKI DAN SENDI

NAMA : PN. RAMLAH BT MALEK
UMUR : 51 TAHUN

Saya mengalami masalah bisa-bisa kaki dan sendi hampir 3 tahun, ia menganggu segala rutin harian saya seperti memasak, kemas rumah dan mencuci pakaian. Kadang-kadang kalau terlalu sakit, sepanjang hari saya tidak dapat menjalankan rutin harian dan hanya mampu berbaring sahaja dan menahan sakit. Kemudian saya telah mencuba produk dari natural prebiotic iaitu Al Manna dan Tayebat dalam masa 2 minggu sahaja bisa-bisa pada kaki dan sendi terus hilang. Walaupun saya sudah sembuh, saya tetap mengambil Al Manna dan Tayebat kerana ianya memberi saya tenaga sepanjang hari.


MASALAH ASTHMA

NAMA : PN. ASMAH
UMUR : 64 TAHUN

Saya berumur 64 tahun menghidap penyakit asma selama 30 tahun. Saya telah mencuba berbagai perubatan untuk penyakit ini. Dari ubatan hospital hingga tradisional telah saya cuba tetapi kesannya tetap sama, sehinggalah saya disyorkan mengambil Al Manna dan Tayebat. Setelah mengamalkannya dalam masa 3 bulan, asma saya berkurangan sehinggalah sekarang hampir setahun mengambilnya asma saya pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.


MASALAH PROSTAT

NAMA : EN. AZIS
UMUR : 35 TAHUN

Saya telah disahkan menghidapi masalah prostat oleh doktor pakar selama 4 tahun. Kekerapan membuang air setiap 3 minit dan tidak dapat menahan kencing memberi masalah kepada rutin harian saya. Saya diperkenalkan dengan Al Manna beberapa bulan yang lepas. Selepas 2 bulan pengambilan Al Manna secara teratur, saya mula merasakan perubahan, saya tidak lagi kerap membuang air. Malah saya mula menyedari yang saya sudah boleh melakukan solat Jumaat dengan lebih selesa dan boleh menahan kencing selepas 3 jam. Perubahan ini amat menggembirakan saya dan saya akan meneruskan pengambilan Al Manna untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan saya.


MASALAH KANSER PAYUDARA

NAMA : PN. FATMAH HJ. MAHMOOD

Saya seorang pegawai Kerajaan. Pada akhir Julai 2011, doktor telah mengesahkan yang saya menghidap kanser payudara tahap 3. Setelah menjalani pembedahan dan rawatan iaitu kimoterapi (6 pusingan) dan radioterapi (sebanyak 24 kali) lebih kurang selama 13 bulan, doktor memberitahu yang saya boleh mula bekerja. Mungkin kerana penat bekerja ditambah dengan tension disebabkan trafik jam semasa pergi dan balik dari pejabat, saya mula merasa penat dan mengantuk, sama seperti apa yang saya rasa sebelum menjalani rawatn kanser dahulu. Saya mula tercari-cari produk natural kerana bimbang terjadi metastasis iaitu sel kanser merebak ke organ yang lain. Alhamdulillah saya diperkenalkan dengan Al Manna dan Tayebat oleh seorang kawan pada awal tahun 2013 ini. Saya amat bersyukur dengan mangambil Al Manna dan Tayebat mengikut dos yang disarankan setiap hari, saya mula merasa segar dan sihat. Baru-baru ini, ujian mamogram saya didapati negatif dari sebarang ketumbuhan kanser baharu. Ramai kenalan saya mengatakan muka saya kelihatan merah dan tidak pucat seperti dahulu, dan tidak nampak seperti pesakit kanser. Yang amat menggembirakan saya, kompleksion muka saya menjadi lebih licin, halus dan bersih berseri seperti mengambil kologen. Ini mungkin disebabkan oleh kandungan nutrisi asli terdapat dalam Al Manna itu yang menjadikan muka dan kulit saya nampak halus bersih dan berseri. Suami dan anak saya juga mengambil Al Manna untuk dijadikan sebagai suplemen harian.


MASALAH BERAT BADAN BERLEBIHAN

NAMA : EN. IZWAN HJ. ARIFFIN
UMUR : 36 TAHUN

Saya berumur 36 tahun dan bekerja sebagai pegawai Belia dan Sukan. Saya mempunyai masalah berat badan berlebihan yang menyebabkan saya mengalami sakit lutut dan masalah fitness. Saya diperkenalkan dengan produk Al Manna ini oleh seorang stokis sewaktu program team building untuk staff yang berlangsung di Gopeng. Saya mula mengambil Al Manna dalam bentuk sachet terlebih dahulu pada waktu pagi dan malam. Selepas 3 minggu, saya dapati saya lebih senang untuk membuang air besar malah merasa segar dan fit sewaktu menjalankan aktiviti. Malah, darah tinggi saya turut turun pada paras normal daripada tahap borderline. Disebabkan perubahan yang saya rasakan, saya mula mengambil Al Manna dalam bentuk jar bermula daripada November 2012. Lutut saya juga yang dahulunya tidak boleh dilipat boleh dilipat sepenuhnya selepas 3 bulan mengambil Al Manna. Bukan itu sahaja, saya turut kehilangan berat badan sebanyak 9 kg iaitu daripada 110 kg kepada 101 kg. Dahulu saya selalu mengambil makanan berat. Sebagai contoh ketika waktu sarapan, saya kerap makan nasi lemak atau roti canai. Sekarang, roti bakar sudah mencukupi untuk membuat saya merasa kenyang. Kini saya mampu berlari selama 10 minit tanpa henti walhal sebelum ini saya tidak mampu berbuat demikian. Sejak detik diperkenalkan produk Al Manna kepada saya, saya tidak pernah berhenti mengambilnya untuk memastikan kesihatan badan secara keseluruhan.


MASALAH BUAH PINGGANG

NAMA : PN. FAUZIAH BT ABDUL RAHMAN
UMUR : 51 TAHUN

Semenjak lahir saya sudah mengalami masalah buah pinggang (polysystic kidney disease) dimana kedua-dua belah buah pinggang saya mengalami masalah. Semenjang tahun 1984 hingga 2011 saya menerima rawatan di UM. Sepanjang waktu itu, saya selalu MC kerana keletihan akibat dialisis dan saya juga pernah membuat pembedahan di kepala. Sehinggalah pada September 2011, saya berada di peringkat 'endstage' dialisis. Keadaan saya ketika itu amat lemah. Badan dan muka pucat, berat badan turun, selera makan tiada, sukar hendak berpeluh dan kuku saya mula reput. Saya menjalani dialisis 3 kali seminggu ketika itu. Pada Jun 2012, saya mula mengambil Al Manna. Sedikit demi sedikit saya mula merasa perubahan sehinggalah Disember 2012. Saya dapati saya lebih bertenaga dan sudah boleh ke kerja setiap kali menjalani dialisis. Doktor mengatakan hemoglobin saya meningkat dan saya dapati kulit muka dah tak pucat dan saya sudah boleh berpeluh. Januari 2013 saya sudah mula berhenti mengambil ubat rekomen dan venophon. Pemakanan Al Manna ini membuatkan iron dalam darah saya bertambah. Yang paling saya bersyukur ialah saya hanya perlu menjalani dialisis 2 kali seminggu sebelum 3 kali seminggu. Sekarang saya tidak lagi mengambil MC setiap kali menjalani dialisis kerana badan rasa lebih bertenaga. Saya mula mengubah pengambilan Al Manna dan Tayebat untuk mendapat lebih khasiat daripada kedua-dua produk ini. Selera makan saya kini bertambah setelah mengambil Al Manna dan Tayebat namun saya masih menjaga kuantiti makanan yang diambil. Saya juga dapati kompleksion kulit saya makin baik. Dulu ia kering dan bersisik. Saya mengamalkan memakan Al Manna dan Tayebat 2 kali sehari. Saya akan terus memakan Al Manna dan Tayebat ini kerana ia telah terbukti berkesan kepada saya. Alhamdulillah sepanjang saya mengambil Al Manna dan Tayebat tiada kesan sampingan yang saya rasai. Saya rasa dari terus bergantung pada ubat hospital lebih baik saya ambil saja produk ini untuk kesihatan yang berkekalan.


 
 

Sunday 26 October 2014

TESTIMONI AL MANNA DAN TAYEBAT

Assalamualaikum..

TESTIMONI DARI PESAKIT YANG TELAH MENDAPAT MANFAAT DARI PEMAKANAN AL MANNA DAN TAYEBAT... ALHAMDULILLAH 


MASALAH KENCING MANIS

NAMA : PN. FARIZAH
UMUR : 37 TAHUN 

Saya telah mengalami penyakit kencing manis selama 13 tahun. Saya telah mencuba berbagai jenis ubat dari hospital, supplement dan juga ubat kampung. Pada satu hari tapak kaki saya ada kudis hingga bengkak. Pergi ke hospital Doktor sarankan untuk dipotong tapi saya minta untuk penangguhan. Pada bulan Oktober 2012, makcik saya memberi sejenis makanan iaitu Al Manna dan Tayebat, saya minum seperti yang dinasihatkan. Dalam tempoh 2 bulan Doktor berkata kaki saya sudah tidak berbau dan beliau bertanya apa yang saya makan? Saya bagitahu mengenai Al Manna dan Tayebat. Doktor tidak jadi mengambil isi peha untuk ditampal pada kaki yang berlubang. Kini saya telah pulih seperti biasa. Saya sudah boleh beriadah menaiki basikal dan mula bekerja seperti biasa. 


NAMA : PN. HAMILAH BT ABDUL RASHID
UMUR : 57 TAHUN

Saya telah mengalami penyakit kencing manis selama 15 tahun dan hampir 3 bulan saya terlantar di wad Hospital Besar Ipoh kerana kaki saya yang luka sekin teruk. 2 bulan yang lepas, kaki saya telah dipotong hingga ke paras lutut. Bulan yang lalu, Doktor memberitahu bahawa kaki saya harus dipotong lagi dari pangkal lutut hingga ke atas kerana ianya semakin teruk. Kemudian saya mencuba produk daripada Natural Prebiotic iaitu Al Manna dan Tayebat. Alhamdulillah, sungguh menakjubkan dalam masa 2 minggu sahaja saya mengambil produk itu, keadaan saya semakin pulih. Bacaan gula dalam darah pun menurun dan saya diizinkan pulang ke rumah. Doktor mengesahkan kaki saya tidak perlu dipotong lagi. Kini saya tetap mengambil Al Manna dan Tayebat untuk menjamin kesihatan yang berterusan. 


NAMA : EN. ABDUL HALIM SHAH BIN ABDUL MURAD
UMUR : 66 TAHUN

I Abdul Halim Shah bin Abdul Murad, 66 years old and a diabetc since 1999 and have been on prescription medicine since then. Having been on medication, taking the pills without fail, my doctor noticed that my blood sugar reading was on the risk towards the end of 2011 and told me that he would put me on insulin jabs if the oral medication does not help. I began to take Al Manna and Tayebat from the middle of March 2012 and after a month, that was on 19 April when I went for my check up, my blood sugar reading as well as my cholestrol went down, thus sparing me the need to be on insulin injections. Now, I am convinced that what Prof. Omyma said that Al Manna and Tayebat is the food for life should be practiced by all who look forward to a healthy life, Insya Allah.


MASALAH GOUT

NAMA : TN. HJ. TAMYAZI BIN HJ. MARZUKI
UMUR : 72 TAHUN

Saya seorang pesakit gout berumur 72 tahun. Saya mengalami penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kaki bengkak dengan gout serta berjalan menggunakan tongkat. Saya pernah di nasihatkan agar menjalani rawatan dialisis. Apabila saya diperkenalkan dengan produk Al Manna, saya ingin mencubanya. Setelah mengambil produk ini sebanyak 5 botol, banyak perubahan yang telah berlaku pada diri saya. Apa yang menakjubkan saya ialah apabila kaki saya yang bengkak telah surut dan penyakit gout juga beransur pulih dan saya tidak perlu lagi berjalan menggunakan tongkat. Sehingga kini, saya masih terus mengambil Al Manna sebagai supplement harian bagi menjamin kesihatan dan kualiti kehidupan yang baik.


NAMA : JUDY
UMUR : 50 TAHUN

I am Judy, 50 years old. I started taking Al Manna and Tayebat about 3 months ago due to regular attacks of gout. Of course, when I got attack at the legs, I have difficulty in walking and when the pain comes at night I could not sleep. The remedy is to take in some pills which I always have stocks in the house and carry along with me wherever I go. Recently, I had a mild attack but bearable and I incressed my intake of Al Manna and Tayebat and the pain dissapeared without taking any pills. I believed with regular intake of Al Manna and Tayebat my uric asid will gradually drop.


NAMA : EN. NAJIB BIN TAMYAZI
UMUR : 39 TAHUN

I am 39 year old gout patient. I have been suffering from this disease for 11 years. When introduced with prebiotic food, Al Manna, I ventured to try it. After taking 4 bottles of prebiotic, I found that my gout has gradually returned to normal. I am now able to carry out my daily life as usual and still continue to eat this every day to ensure good health. 

 

PENGARUH PROBIOTIK KEPADA SISTEM IMUN

Assalamualaikum...

Bagaimanakah probiotik berfungsi, dan seterusnya memberi kesan yang baik kepada kesihatan?


Probiotik yang dikenali sebagai bakteria baik memegang peranan luar biasa kepada tubuh. Berjumlah sekitar satu juta hingga satu trilion, probiotik menghasilkan antibodi semulajadi bagi menjaga keutuhan dinding usus, proses metabolisme dan meningkatkan kekebalan tubuh.

Hampir 80% daripada probiotik berada di dalam saluran pencernaan. Di dalam usus besar, probiotik mencerna serat makanan larut air melalui proses fermentasi menjadi asid lemak rantai pendek, seperti asid butirik, propionate dan asetat. Asid butirik adalah makanan utama sel-sel normal usus kecil dan menghalang pertumbuhan sel-sel abnormal seperti sel kanser.

Asid butirik menurukan kadar kolesterol dalam darah dengan cara mengurangkan pengeluarannya dan juga mengalihkan perjalanannya dari darah ke hati. Proses kimia organik asid hempedu berlaku. Penyerapan asid hempedu juga terganggu dan banyak terbuang melalui najis. Akibatnya, lebih banyak kolesterol yang digunakan bagi menghasilkan asid hempedu.

Pertumbuhan bakteria probiotik yang menyihatkan mampu menghalang pertumbuhan bakteria tidak baik dalam usus, sehingga daya tahan usus meningkat. Probiotik juga mengurangkan radang dan kerosakan selaput lendir usus. Hal ini dapat membaikkan penyakit penyakit gatal kulit yang dialami oleh kanak-kanak..


sumber dari : buku Rahsia Tentera Imun, Dr. Tauhid Nur Azhar (2014)


Walaubagaimanapun, probiotik boleh berkurangan atas faktor pemakanan tidak seimbang, penuaan, tekanan dan pengambilan antibiotik yang berlebihan.. 

Akibat pengurangan probiotik akan menyebabkan proses pencernaan akan terganggu dan sistem kekebalan badan dalam melawan penyakit tidak dapat berfungsi secara optimum..   

Sabda Rasulullah SAW: 

"Perut manusia itu tempat segala penyakit manakala pencegahan itu kunci segala perubatan" (riwayat Al Dailami)

Maka benarlah bahawa SETIAP PENYAKIT ITU BERPUNCA DARI PERUT.. Bagi mencegah perkara ini, kita perlulah menjaga sistem pencernaan sebaiknya..

Bagi memastikan bakteria baik probiotik dapat bekerja untuk menjaga sistem pencernaan kita, prebiotik diperlukan sebagai MAKANAN untuk probiotik..

Gum Arabic (Al Manna dan Tayebat) telah terbukti sebagai prebiotik semulajadi yang terbaik dan telah lama diketahui berdasarkan kepada;
  • Al- Quran (Baqarah 57 ; Wa'qiah 29)
  • Injil (Exodus 16)
  • Taurat (Devarim 8, Exodus 16)



Al Manna dan Tayebat merupakan serat asli yang larut 100% salam air/soluble fibre dan insya Allah dapat membantu perkara berikut:


  1. Meningkatkan bilangan bakteria baik, menghindar dan menyingkirkan bakteria jahat dalam usus.
  2. Melancarkan sistem penghadaman dan menyahtoksid dalam badan.
  3. Menambah imunisasi/daya tahan badan terhadap pernyakit.
  4. Menghasilkan 'short chain fatty acids' yang membantu meningkatkan penghasilan tenaga.
  5. Menurunkan kadar kolestrol dan kolestrol low density lipoprotein (LDL) dalam badan.
  6. Menurunkan tekanan darah tinggi
  7. Memperbaiki kualiti hidup pesakit buah pinggang dan menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
  8. Mengurangkan tindak balas autoimmune untuk pesakit asma dan ekzema (penyakit kulit)
  9. Melegakan penyakit gout dan sendi
  10. Menurunkan berat badan melalui pengeluaran hormon "leptin".
  11. Mengurangkan masalah prostat, radang usus dan kanser.
  12. Meningkatkan kesihatan secara umum.  
Berminat?!!! Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut

Wassalam..

KONSEP PERUBATAN ISLAM

Konsep Perubatan Islam

Sebenarnya, perubatan cara Islam bukanlah satu bidang perubatan khusus seperti kaedah alopathy, ayurvedic atau homeopathy. Ia lebih merupakan konsep perubatan yang menepati ciri-ciri perundangan Islam.

Sesuatu bidang perubatan boleh dikira berkonsepkan perubatan Islam apabila mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:

 

Ciri-Ciri Perubatan Islam


1. Merawat penyakit menggunakan Al-Quran dan Doa (Ruqayyah) 

Perubatan berkonsepkan Islam menjadi lebih nyata dan ketara apabila si perawat menggunakan Al-Quran dan doa-doa yang diwariskan oleh nabi Muhammad (s.a.w) di dalam rawatannya. Sebenarnya penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat ini: "Dan kami turunkan sebahagian dari Al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Isra 18)"


 

2. Mengakui penyakit dan kesembuhan adalah datangnya dari Tuhan maha pencipta.

Penyakit datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan kepada kita dengan jelas bahawa Dia menguji keimanan Nabi Ayub dengan mendatangkan satu penyakit kulit yang ganjil untuk menguji keimanan beliau. Mengikut sesetengah tafsir, Iblis laknatullah mencabar Allah (s.w.t) untuk menguji keimanan Nabi Ayub dengan kesengsaraan kerana pada pandangan Iblis, Nabi Ayub beriman kerana dia telah dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak. Iblis berhujah sekiranya Allah menjadikannya miskin dan sakit, nescaya Nabi Ayub akan marah dan kufur kepada Allah (s.w.t). Ternyata dakwaan Iblis melesit sama sekali. Keimanan Nabi Ayub menjadi semakin hebat dengan ujian tersebut.

Di dalam Al Quran Allah ada berfirman "Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan". Ini adalah dalil yang cukup kuat menunjukkan bahawa Allahlah yang menyembuhkan segala penyakit. Rawatan dan ubat-ubatan yang kita ambil hanyalah sebagai ikhtiar secara zahir yang dituntut oleh Allah untuk kita lakukan. Namun hakikatnya, Allah jualah yang menyembuhkan penyakit kita.

 

3. Mengakui setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut.

Nabi Muhammad (s.a.w) ada bersabda yang membawa maksud "Setiap penyakit ada ubatnya" dan "Tetaplah (amalkanlah) kamu dengan habbatus sauda (Nigella Sativa) kerana di dalam terdapat penyembuh bagi segala penyakit kecuali maut".

Hadith-hadith di atas membawa maksud setiap penyakit boleh dirawat sehingga sembuh, tak kiralah samada ianya HIV, kanser, H1N1 atau apa-apa jenis penyakit sekalipun. Mereka yang berpendapat bahawa penyakit kanser tidak ada penawar sebenarnya tidak berpegang kepada konsep perubatan Islam. Orang-orang yang sebegini akan mudah berputus asa, menyebabkan syaitan-syaitan dengan mudah dapat menguasai mereka. Kehadiran syaitan di dalam tubuh badan mereka akan menyebabkan penyakit mereka akan menjadi bertambah parah.

 

4. Kaedah rawatan dan perubatan mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum asas Islam (syariat).

Kaedah rawatan penyakit paling biasa diamalkan di kalangan masyarakat tradisional Melayu ialah menyeru semangat-semangat dan ruh-ruh orang yang telah mati bagi memohon menyembuhkan sesuatu penyakit. Kaedah ini amat jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh kita memohon kesembuhan dari Allah s.w.t. Kaedah lain yang diamalkan, juga bertentangan dengan ajaran Islam ialah merawat penyakit dengan menggunakan pertolongan makhluk halus yang dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti orang bunian, jin dan sebagainya.

Juga tidak dikatakan mengikut perundangan Islam apabila ubat-ubatan yang digunakan adalah tidak halal atau halal tetapi tidak baik (syubhah). Ubat-ubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan seperti dadah tidak mendapat tempat dalam rawatan Islam. Ia boleh digunakan untuk jangka masa pendek atau dalam keadaan darurat sahaja. Umum mengetahui kesan negatif dadah terhadap tubuh manusia amatlah menjengkelkan.

 

Mengapa Manusia Sakit

 

1. Sudut pandangan agama

Manusia sakit dan berpenyakit kerana Allah mahu menguji tahap keimanan mereka. Ujian dalam bentuk penyakit bertujuan untuk menilai tahap keimanan dan keyakinan seseorang kepada Penciptanya. Selain dari itu, Allah menjadikan seseorang itu sakit untuk membersihkan dosa-dosanya dan menaikkan darjatnya di sisi Allah. Ini juga dikenali sebagai kifarah (hukuman) yang mempunyai tujuan baik.

Bagi mereka yang tinggi darjat keimanannya, mereka melihat dan menerima penyakit dengan hati yang lapang dan gembira, kerana mereka yakin yang datang itu adalah rahmat Allah dan bukannya hukuman. Allah telah membukakan hijab pandangan mereka sehingga mereka nampak perkara-perkara yang tersirat yang baik di sebalik penyakit yang mendatang.

 

2. Sudut pandangan zahir

Manusia sakit dan berpenyakit disebabkan oleh kegagalan organ-organ tubuh badan menjalankan tugas mereka dengan betul. Organ-organ tubuh badan boleh gagal berfungsi disebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada organ-organ tersebut. Sebagai contoh, seseorang boleh mendapat penyakit kencing manis apabila organ pankreas-nya gagal mengeluarkan insulin.

Kegagalan organ-organ tubuh badan dalam menjalankan fungsi-fungsinya adalah disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran dan tabiat (lifestyle) hidup manusia. Keadaan persekitaran yang kotor dan pencemaran udara boleh menyababkan kuman-kuman dan bahan-bahan beracun masuk ke dalam badan kita dengan kuantiti yang banyak pada satu-satu masa, menyebabkan sistem immune tubuh badan kita tidak berupaya menangkisnya. Kuman dan bahan-bahan beracun ini, apabila masuk ke dalam tubuh melalui peredaran darah, akan menyerang organ-organ tubuh dan menyebabkan organ-organ tubuh cedera. Kecederaan ini menyebabkan organ-organ tubuh tidak dapat beroperasi secara optimal. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan berkemungkinan besar akan menyebabkan kecacatan kekal kepada organ dan boleh menyebabkan kematian.


sumber : https://sites.google.com/site/usanapot/konsep-perubatan-islam

Saturday 25 October 2014

CARA PENYEDIAAN

Assalamualaikum...

Adakah anda atau keluarga anda menghidapi penyakit seperti berikut;
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Lemah Jantung
  • Strok
  • Barah
  • Buah Pinggang
  • Batu Karang
  • Gout
  • Mati Pucuk
  • Obesiti
  • Sakit Lutut
  • dan lain-lain 
Insya Allah kami akan cuba untuk membantu anda mengatasi penyakit-penyakit tersebut dengan izin Allah menggunakan produk semulajadi.. 

Yakinlah, hanya Allah yang boleh menyembuhkan setiap penyakit hambaNya, kita perlu berusaha untuk mencari penawar dan bertawakal..  Berusaha adalah satu tuntutan dan insya Allah ada pahala disisiNya..

Antara khasiat Al Manna dan Tayebat;


Fakta Nutrisi


* Tiada bahan pengawet, pewarna atau perasa tiruan





Cara Penyediaan
  • Masukkan dos yang dicadangkan ke dalam gelas bersih (1 sudu kecil = 5g)
  • Masukkan air kosong (suhu bilik) secukupnya (setiap 5g = 125ml air)
  • Kacau sehingga sebati dan minum.
  • Boleh juga digunakan shaker.
  • Serbuk Al Manna/Tayebat akan larut sepenuhnya dalam air jika dibiarkan untuk beberapa ketika.
  • Ia tidak mempunyai apa-apa rasa khusus.
  • Larutan air Al Manna/Tayebat boleh dicampur dengan air jus atau air berperisa.
  • Serbuk Al Manna/Tayebat juga boleh di campur dengan sebuk susu/coklat dan digaul sebati sebelum dituang air suam. 


Masa Pengambilan
  •  Waktu pagi semasa perut masih kosong, sebaik-baiknya 2 jam sebelum sarapan. Jika mahu berpuasa, minum semasa sahur.
  • Waktu malam sebelum tidur. 


Dos Campuran

secara umumnya, dos untuk Al Manna dan Tayebat adalah seperti berikut;
  •  1 tahun - 10 tahun = 1 sudu kecil (5gram)
  • 10 tahun - 17 tahun = 2 sudu kecil (10gram)
  • 17 tahun - 70 tahun = 3 sudu kecil (15gram)
  • lebih dari 70 tahun = 1 sudu kecil (5gram)


* Setiap pembelian produk Al Manna dan Tayebat akan disertakan arahan pengambilan dan cara penggunaan.

* Berdasarkan kepada kajian yang dibuat oleh pakar, tiada kesan sampingan bagi produk ini jika diambil berlebihan.

* Sila patuh nasihat doktor anda. Jangan berhenti makan ubat-ubatan yang diarahkan oleh doktor kecuali atas nasihat doktor.

AL MANNA = GUM ARABIC / GAM ARAB

Assalamualaikum..

Apakah itu al-Manna? 

di dalam tafsir Ibnu Kathir dicatakan pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu, menurut satu pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu Abbas Radiallahuanhuma, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok.  

Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat. Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan  mungkin  menepati  pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya. 

Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. 

Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain. 


MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA

Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di anatara dapatan kajian mengenai Gum Arabic adalah:-


  1. The US Food and Drug Administration  (FDA) menyatakan Gum Arabic adalah satu sumber serat yang paling selamat.
  2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.
  3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.
  4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
  5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996)  dalam American Journal of Clinical Nutrition,  melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.
  6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.
  7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.
  8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.
  9. Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
  10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah.
  11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.
  12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.
  13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain.
  14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai  perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. 
  15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah. 
  16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon. 
  17. Laman web http://inrfood.com/ingredients/6252 mendakwa ia selamat bagi wanita mengandung (19) (jika dalam jumlah yang sedikit, mungkin maksimanya 1 sudu teh sehari), tetapi langkah meminta nasihat doktor lebih selamat.
 sumber dari google.com

wassalam...

KHASIAT DAN KEBAIKAN AL MANNA & TAYEBAT

Assalamualaikum..


 
Kebaikan Manna & Tayebat yang telah lama diketahui berdasarkan:

  • Al-Quran (Al-Baqarah 57; Wa'qiah 29)
  • Injil (Exodus 16)
  • Taurat (Devarim 8 , Exodus 16) 
Tafsir Al Qurthubi dan Ibnu Katsir, Manna bererti getah menyerupai embun dan manis seperti madu.

"Sabda Rasulullah s.a.w : Perut manusia itu tempat segala penyakit manakala pencegahan itu kunci segala perubatan" - Riwayat Ad-Dailami

"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu  "MANNA" dan "SALWA", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". 

 Surah Al-Baqarah ayat 57.


Kebaikan Al-Manna & Tayebat

Al Manna dan Tayebat mengekalkan keasliannya melalui proses khas dan berkualiti tinggi dengan 85% kandungan Prebiotik serta bahan mineral.

Ia merupakan serat asli yang larut 100% salam air/soluble fibre yang dapat membantu:

  1. Meningkatkan bilangan bakteria baik, menghindar dan menyingkirkan bakteria jahat dalam usus.
  2. Melancarkan sistem penghadaman dan menyahtoksid dalam badan.
  3. Menambah imunisasi/daya tahan badan terhadap pernyakit.
  4. Menghasilkan 'short chain fatty acids' yang membantu meningkatkan penghasilan tenaga.
  5. Menurunkan kadar kolestrol dan kolestrol low density lipoprotein (LDL) dalam badan.
  6. Menurunkan tekanan darah tinggi
  7. Memperbaiki kualiti hidup pesakit buah pinggang dan menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
  8. Mengurangkan tindak balas autoimmune untuk pesakit asma dan ekzema (penyakit kulit)
  9. Melegakan penyakit gout dan sendi
  10. Menurunkan berat badan melalui pengeluaran hormon "leptin".
  11. Mengurangkan masalah prostat, radang usus dan kanser.
  12. Meningkatkan kesihatan secara umum.  

Wassalam..

APAKAH PROBIOTIK DAN PREBIOTIK

Assalamualaikum..


Tahukah anda di dalam usus kita ada bertrilion bakteria baik iaitu kira-kira 1.5kg dari berat badan kita?!!!

Tahukah anda sistem gastrousus yang sihat harus mengandungi 80% bakteria baik?!!! (bagi memudahkan penghadaman)

Tahukah anda bilangan bakteria baik boleh berkurang didalam usus kerana faktor pemakanan tidak seimbang, tekanan, penuaan dan pangambilan antibiotik yang berlebihan?!!!   


Sabda Rasulullah S.A.W;

"Perut manusia itu tempat segala penyakit manakala pencegahan itu kunci segala perubatan"

(riyawat Ad-Dailami)


PROBIOTIK adalah bakteria baik, jika diambil dalam kuantiti yang mencukupi akan memberi kesan yang baik kepada kesihatan.

"Probiotics are live microorganisms, when administrated in adequate amount confer health benefits on the host (FAO/WHO 2001)"
 

PREBIOTIK adalah merupakan makanan untuk bakteria baik dalam usus (probiotik)

BAGAIMANA PREBIOTIK BERFUNGSI 

Prebiotik ialah makanan bagi bakteria baik (probiotik) dalam sistem penghadaman. Bakteria baik amat penting untuk meningkatkan sistem daya tahan badan bagi melawan segala jenis penyakit..

 


KAITAN AL MANNA DAN TAYEBAT DENGAN PREBIOTIK

Al Manna dan Tayebat mengandungi PREBIOTIK yang berasal dari tumbuhan yang hidup secara semula jadi. Ia hasil daripada pokok Acacia Senegal dan
Acacia Seyal dan merupakan sumber prebiotik semulajadi yang paling kaya di antara semua tumbuhan di dunia.






Wassalam..


 

PENGENALAN..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. Selepas beberapa hari memikirkan strategi, kami mencuba untuk gunakan blogspot ini sebagai salah satu medium bagi memasarkan produk ajaib ini di alam maya.. Semoga semuanya di permudahkan ^_^

Untuk makluman kami adalah stokis berdaftar dengan pengedar tunggal produk prebiotik ini iaitu; 


Buat masa ini, produk yang kami jual adalah;

AL MANNA (500 gram) HARGA RM120.00





TAYEBAT (500 gram) HARGA RM120.00


Sekirannya berminat boleh hubungi segera;

IZALI

call/sms/whatapps : 019-2665482/010-2265482

email : almannatayebat@gmail.com


Insya Allah kami akan berkongsi asal usul,kebaikan, khasiat dan lain2 info penting untuk produk ini di entry2 yang seterusnya...

Stay tuned dan wassalam...